KELAB MELAYU NSDK

Lot 2789, Tkt 4, Bangunan Kelab Melayu NS,Jalan Tuanku Munawir,
70000 Seremban,N.SembilanTel: 606 763 0849 Fax: 606 763 0164,
e mail: kelabmelayunsdk@gmail.com.

Sekapur Sirih Seulas Pinang....dari KELAB MELAYU NEGERI SEMBILAN

Selamat datang diucapkan kepada pelawat-pelawat laman web ini. Pengwujudan laman web ini adalah iniatif Ahli Jawatankuasa Kelab Melayu Negeri Sembilan bagi sesi 2010-2012. dengan wujudnya laman web ini adalah diharap maklumat-maklumat mengenai aktiviti,program dan iniatif Kelab serta peristiwa-peristiwa yang dimuatkan melalui laman web ini dapat dikongsikan bersama dengan pelawat-pelawat laman web ini. Kami juga berharap agar para pelawat dapat memberikan komen,pandangan serta cadangan tentang program ,aktiviti serta iniatif yang perlu dilakukan demi untuk memartabatkan agama bangsa dan tanahair.

Salam persaudaraan kepada semua

ABDUL HALIM LOKMAN

Yang Di Pertua 

PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK & JALUR GEMILANG DAN MAJLIS BERBUKA PUASA KMNS

Pada 30.8.2010 yang lalu, Kelab Melayu Negeri Sembilan telah menganjurkan suatu program yang di namakan Program Edaran Bubur lambuk & Jalur Gemilang serta Majlis Berbuka dan Solat Sunat terawikh di kalangan Ahli jawatankuasa KMNS. Program ini dianjurkan sempena mengambil afdalnya bersedekah dalam bulan Ramadhan selari dengan anjuran agama islam. Sebagaimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas R.A beliau mendengar Rasullullah SAW bersabda " Tahukah kamu apakah sedekah yang paling besar di sisi agama? Sedekah yang paling besar adalah bersedekah di bulan Ramadhan". Pada masa yang sama dalam kita meraikan serta menyambut bulan keberkatan,kita tidak harus lupa kepada Ulangtahun Kemerdekaan negara yang ke 53. Justeru itu disamping mengedarkan bubur lambuk, ahli Jawatankuasa bersama ahli-ahli yang hadir telah mengedarkan juga Jalur Gemilang kepada masyarakat di sekitar Terminal One Seremban dan Bangunan Kelab.Ini adalah untuk menyemai semangat cinta negara apakala negara kita cuba diperkotak katikkan oleh rakyat negara jiran.

 Dalam kesempatan ini juga pihak Kelab mengadakan jamuan berbuka puasa dan pemberian duit serta kuih raya kepada anak-anak serta isteri ahli jawatankuasa kelab. ini adalah bertujuan untuk mempereratkan lagi jalinan silatur rahim sesaja ahli keluarga Ahli jawatankuasa.

Solat maghrib, Isyak ,tarawikh serta witir dibuat secara berjemaah sesama AJK kelab dengan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Amir bin Abdullah,pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Selesai solat witir, tahlil ringkas di buat bagi memanjat doa ke hadrat Illahi agar rahmat serta berkat dicucurkan kepada roh ayah,ibu,keluarga serta pemimpin-pemimpin Melayu yang telah tiada.

 

 

 Kelihatan YDP Kelab bersama ahli-ahli muda KMNS membungkus bubur lambuk untuk edaran

 

bersama menunggu waktu berbuka puasa

 

Sdr Abdul Halim, Yang Di Pertua Kelab Melayu menyampaikan sumbangan duit raya kepada ahli muda KMNS

 

Bagi pihak Kelab Melayu Negeri Sembilan, Kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini dan InsyaAllah program seumpama ini akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.Wassalam . 

 

Perlindungan Insuran Ahli

Bermula dari tahun 2010, kepimpinan baru Kelab Melayu Negeri Sembilan telah membuat ketetapan untuk setiap ahli yang membaharui keahlian atau yang membayar yuran tahunan akan di berikan perlindungan Insuran Kemalangan Peribadi Hong Leong-Tokio Marine Takaful. 

 Perlindungan yang diberi adalah sebanyak RM 30,000 untuk kematian kerana kemalangan, maximum RM 30,000 untuk kecacatan kekal dan RM 2500 untuk khairat kematian.

Adalah disarankan semua ahli dapat menjelaskan yuran bagi perlindungan Insuran ini dapat diaktifkan .

 

Abdul Halim Lokman

YDP Kelab Melayu NSDK 

 

 

Adakah Kaum Melayu wajar di gelar "Rasis/Perkauman" sekiranya kaum lain yang BUTA SEJARAH?

Dalam akhbar KOSMO - 7 September 2010  di halaman 4, terpapar tajuk "Buta Sejarah jika pertikai hak istimewa orang Melayu- Kay Kim". Dalam rencana tersebut akhbar KOSMO melaporkan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai berkata " rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoalkan dan mempertikaikan Perkara 153 dalam perlembagaan negara ini yang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah BUTA SEJARAH dan tidak memahami Perlembagaan"

Menurutnya lagi " Bila Brittish sampai ke tanah Melayu ,mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung  sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktirafkan kerajaan tersebut. Kerajaan ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi Brittish , rakyat kepada raja itu mempunyain hak khusus, orang lain yang datang menetap bukan rakyat raja.Oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu.

 Orang bukan Melayu di Semenanjung ketika itu bukan rakyat raja ataupun warganegara dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu di tubuhkan pada 1 Februari 1948" katanya. 

Oleh itu jelas dari penjelasan seorang Sejarawan bergelar Professor bahawa mengapa hak istimewa orang Melayu diberikan kepada orang Melayu.Ia memperjelaskan sebab apa hak itu di maktubkan dalam Perlembagaan. Ia adalah suatu ketetapan dan juga dikenali sebagai Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh pengasas negara terdahulu .

Budak hingusan seperti NAMEWEE ini yang mempertikaikan perkara ini jelas tak tahu sejarah atau mungkin tahu tapi buat-buat tak tahu. Pertamanya dia adalah BUTA SEJARAH keduanya dia adalah HARBI. Sengaja hendak memporak perandakan keharmonian yang sedia ada. 

Begitu juga individu-individu yang lain yang sering mempertikaikan hak orang Melayu. Mungkinkah mereka ini BUTA SEJARAH atau mahu menukar status dari Zimmi ke HARBI ?

Kepada mereka ini kita gelar mereka BUTA SEJARAH dan mengikut keadaan yang lain HARBI yang layak di perangi ! 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kelab Melayu Negeri Sembilan dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua dan Maaf Zahir Batin dan jangan lupa hadir ke Jamuan Aidil Fitri Kelab Melayu pada 3-10-2010. Semua dijemput hadir.

PEMIMPIN UMNO TAKUT ORANG MELAYU ?

Baru-baru ini Tengku Adnan ,Setiausaha Agung UMNO selepas mempengerusi mesyuarat pengurusan majlis Tertinggi UMNO telah memberikan kenyataan akhbar bahawa UMNO tidak terlibat dengan PERKASA dan akan menetapkan jurang hubungan dengan PERKASA. Beliau juga turut membgerikan rasional bahawa PERKASA telah meni8mbulkan rasa kurang senang dikalangan parti komponen yang lain dan tidak mahu hubungan harmonis antara parti komponen yang mewakili kaum lain terjejas.

Tidak dapat dipastikan sama ada beliau sedar sama ada kenyataan beliau tersebut sebenarnya boleh dianggap sebagai penzahiran dasar UMNO terhadap Kesatuan orang Melayu seperti PERKASA.

 Kenyataan beliau ini seolah-olah dilihat bahawa UMNO tunduk dengan desakan pemeimpin parti komponen seperti Pak Lah tunduk kepada desakan parti komponen di bangunan Parlimen mendesak beliau memcat Datuk Ahmad ismail, Ketua Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang yang didakwa mengeluarkan kenyataan perkauman yang tidak disenangi oleh parti komponen yang lain.

Namun adakah desakan yang sama dipertegaskan oleh pemimpin UMNO apabila Chua Soi Lek dan Wee Kai Siong mengeluarkan kenyataan -kenyataan yang bersifat menjejaskan hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Adakah pemimpin atasan UMNO seriau atau takut dikaitkan sebagai RASIS kerana berkait dengan PERKASA yang lantang mempertahankan hak Melayu seperti dalam Perlembagaan?

Sejak awal penubuhan PERKASA , PERKASA tidak pernah menyentuh hak kaum lain selain dari mempertahankan hak orang Melayu seperti yang digariskan dalamm Perlembagaan, Tidak lebih dan tidak kurang.

Bukankah UMNO juga dalam Perlembagaannya bermatlamat memepertahankan Perlembagaan yang sedia ada? Jika matlamat sama KENAPA UMNO PERLU MENJAUHKAN DIRI DARI PERKASA yang mempunyai ahli kira-kira 200,000 yang SEMUANYA ORANG MELAYU?

Adakah orang melayu diakar umbi ini buta, tidak tahu apa-apa mengenai perjuangan Melayu,mengenai hak Melayu, mengenai survival orang Melayu ATAU PEMIMPIN ATASAN UMNO BUTA,BACUL DAN BODOH PERLEMBAGAAN dan mahu berselindung dengan alasan penjagaan keharmonian kaum dan konsep 1 Malaysia?

Kelab Melayu Negeri Sembilan yang bangkit dengan nama PERSEKUTUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN (PEMENAS) yang menjadi antara penandatangan Piagam Penubuhan UMNO di Istana Bukit Serene Johor  pada 11-5-1946 ingin menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap kenyataan bacul oleh pemimpin UMNO .

Kepada semua ahli UMNO akar umbi dan orang Melayu,perlukah pemimpin sebegini terus kita leytakkan di atas?

 

SAMBUTAN AIDIL FITRI KELAB MELAYU NEGERI SEMBILAN

Pada 3-10-2010 yang lalu telah berlangsung Majlis Sambutan Aidil Fitri Kelab Melayu Negeri Sembilan. Majlis yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan & Kemasyarakatan Kelarab Melayu Negeri Sembilan telah dihadiri oleh lebih 300 orang hadirin.

Majlis yang dianjurkan sebagai kesinambungan  tradisi Kelab , di meriahkan dengan pertunjukan tarian oleh Kumpulan tarian Citra Budaya Kelab Melayu dan di samping itu sedikit sumbangan berupa wang di berikan kepada golongan fakir miskin dan anak yatim yang  telah disampaikan oleh YB Dato Abdul Samad bin Ibrahim , Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Modal insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang telah sudi hadir ke majlis tersebut.

Melalui majlis tersebut juga dilihat telah mendapat sambutan dari golongan belia di mana ramai tetamu yang hadir adalah dari golongan tersebut.Ini sekaligus menjustifikasikan keputusan JK Kelab Melayu bagi menubuhkan sayap KMNS Muda bagi menarik lebih ramai golongan belia dalam bersama menjayakan serta menggerakkan aktiviti belia di Kelab Melayu .

Pihak Kelab Melayu dengan ini ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua barisan jawatankuasa program yang telah dengan jayanya melaksanakan program. Tidak lupa kepad YB Dato' Abdul Samad  yang telah sudi hadir ke Majlis yang dianjurkan dan seterusnya kepada semua hadirin yang telah hadir ke Majlis tersebut.

 

                                                  Suasana sambutan Aidilfitri Kelab Melayu Negeri Sembilan 2010  

 

Sekretariat Memperkasa Penakhoda Zaman (MPZ) di Kelab Melayu NSDK

Pada 11-10=2010 yang lalu, Kelab Melayu Negeri Sembilan telah menjadi tuan rumah kepada Majlis Makan Malam meraikan peserta Program Memperkasa Penakhoda Zaman yang digerakkan oleh Persatuan Belia-Belia Malaysia (MAYC) Negeri Sembilan bersama dengan Ikhwan dan Biro Tatanegara Negeri Sembilan. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato' Abd Samad bin Ibrahim  ,Pengerusi JK bertindak Pembangunan Modal Insan, belia dan Sukan, Negeri Sembilan dan En Baharuddin Jali, Pengarah Belai dan Sukan Negeri, Negeri Sembilan.

Melalui program ini 3 kumpulan peserta yang terdiri dari para belia telah dihantar berkursus di kem -kem Biro Tatanegara di Kelantan,Johor dan Langkawi. Pengisian latihan ini adalah pembentukan sahsiah kepimpinan bagi golongan belia. Seramai 202 orang peserta terlibat dalam program ini.

 

Kelihatan YDP Kelab Sdr Abdul Halim menikamati jamuan bersama tetamu kehormat 

 

Sdr Aqramsyah ,Presiden Belia MAYC Kebangsaan  menyampaikan ucapannya 

 

Dari kiri YB Abd Samad, En Azman Mohd Shah (Pengerusi MAYC Negeri) , En Baharudin Jali (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri) dan En Abu Zahrin Abu Mansor (Timbalan Pengarah BTN, Negeri Sembilan) 

 

 YB Abd Samad sedang menyampaikan ucapannya

 

 Antara tetamu dan jemputan yang hadir

 

Kesedaran timbul bahawa hubungan serta jaringan antara golongan belia hendakloah di kekalkan. Oleh itu suatu Sekretariat bagi menyebarkan makluman, menyelaraskan aktiviti -aktiviti sesama peserta, perjumpaan dan sebagainya perlu diwujudkan. atas cetusan kesedaran tersebut maka sebuah sekretariat di beri nama Sekretariat MPZ di bentuk dan Kelab Melayu Negeri Sembilan dengan ikhlas bersetuju untuk menjadi tuan rumah kepada Sekretariat tersebut.

 Bagi pihak Kelab Melayu Negeri Sembilan, Kelab amat mengalu-alukan Sekretariat MPZ kerana Kelab pernah suatu masa dahulu menjadi medan perjuangan belia dan pada masa menggunakan nama Youth Confederation Conference (YCC). Tertubuhnya MPZ mengembalikan peranan Kelab sebagai medan pergerakan belia khususnya di Negeri Sembilan .

       

 LOGO SEKRETARIAT MPZ 

MAJLIS PELANCARAN KELAB VETERAN MAYC NEGERI SEMBILAN

Pada 9-11-2010 yang lalu Kelab Melayu Negeri Sembilan telah menjadi tuan rumah kepada Majlis Pelancaran Kelab Veteran MAYC bagi kawasan Negeri Sembilan. Majlis yang di adakan tersebut adalah sebagai tanda iniatif mengumpulkan serta menghimpunkan semula aktivis-aktivis serta -pemimpin belia MAYC khususnya di Negeri Sembilan  telah terkategori sebagai veteran apabila perlaksanaan Akta Pembangunan Belia 2007.

Rata-rata dilihatkan para veteran ini masih berupaya untuk aktif dan masih bersemangat dalam menyumbangkan kebaikan kepada masyarakat,maka Kelab Veteran ini dilihat sebagai platform bagi veteran-veteran terus memberikan sumbangan.

Di peringkat Kebangsaan Kelab Veteran ini di pimpin oleh Y Bhg Tan Sri Sanusi bin Junid iaitu mantan Presiden MAYC Kebangsaan pada suatu ketika dahulu.

Majlis yang bermakna tersebut turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin seperti Y Bhg Dato Nasir Safar  sebagai wakil Y Bhg Tan Sri Sanusi, Y Bhg Dato Ishak bin Ismail, Y Bhg Dato Ibrahim Che Mat , Tn Hj Annuar  dan ramai lagi.

Bagi pihak Kelab Melayu Negeri Sembilan, Kelab Melayu amat mengalu-alukan penciptaan platform yang sebegini, yang mempunyai matlamat untuk menyumbang kepada masyarakat. Kelab Melayu di tahun-tahun 50an mengikut sejarahnya pernah menjadi platform kepada gerakan belia dengan nama Persekutuan Persidangan Belia (Youth Conference Confederation)  dan gerakan tersebut menjadi aktif di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Abd Samad bin Idris. Oleh yang demikian itu bukanlah suatu perkara yang asing bagi Kelab Melayu untuk bersama dan menyokong aktiviti dan gerakan belia khususnya di Negeri Sembilan ini.

                                        

                                                                                     

                                      Y Bhg Dato Ibrahim bin Che Mat selaku Pengerusi Kelab Veteran MAYC NSDK memberikan ucapan aluan 

 

                                                           

                          Y Bhg Dato Nasir Safar, Timbalan Presiden Kelab Veteran MAYC Kebangsaan berucap mewakili mewakili Tan Sri Sanusi Junid    

 

                                               

                                                         Kelihatan YDP Kelab Melayu Sdr Abdul Halim bersama tetamu kehormat yang hadir 

 

                                                                                   

                                      Antara tetamu yang hadir. Kelihatan Sdr Azman Mohd Shah Pengerusi Belia MAYC Negeri (3 dari kanan)

 

                                             

                                                   Veteran -veteran MAYC dan pemimpin-pemimpin Kelab Veteran bergambar kenangan 

 

  Adalah didoakan agar perkara yang baik seperti ini berkekalan. Amin. 

 

Selamat Hari Raya Eidul Adha

 

 Kelab Melayu Negeri Sembilan dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha kepada semua umat Islam dan umat Melayu di Malaysia.

 

Selamat Menyambut MAAL HIJRAH 1342

Kelab Melayu Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut MAAL HIJRAH 1432 kepada semua umat Islam di Malaysia.

LAWATAN KE PROJEK TERNAK IKAN SECARA SANGKAR


Baru-baru ini, telah dijemput ke Sungai Lui Selatan Serting untuk melawat Projek Integrasi Pertanian dan Penternakan Ikan dalam Sangkar yang diusahakan oleh salah seorang ahli Kelab Sdr Khairul Effandy bersama dengan sahabat beliau Sdr Ahya Ullumuddin dengan nama syarikat mereka BIO WORLD GROWTH SDN BHD.
                                             
 Projek tersebut diusahakan di atas tanah seluas 150 ekar dan diselia oleh pihak Pejabat Tanah dan Daerah Jempol. Projek tersebut telah dimulakan sejak penghujung tahun 2009 lagi.
      
 
 
 
 
                    
                    Projek Integrasi Pertanian dan Penternakan Ikan dalam Sangkar, Sg Lui Selatan, Serting             
 
 
Menurut Sdr Khairul, syarikat mereka kini sedang mengusahakan  penternakan ikan tilapia merah dan keli. Beliau juga memaklumkan bagi masa-masa akan datang syarikat beliau juga meranncang untuk penternakan ikan air tawar yang lain seperti tilapia hitam, lampam,puyu, haruan dan haruan tutu.Memandangkan kawasan tersebut mempunyai kolam sebanyak 17 buah yang bersaiz besar, beliau optimis syarikat beliau berupaya menjadi syarikat pengeluar terbesar ikan air tawar di Negeri Sembilan. Buat masa ini syarikat beliau telah menerima tempahan untukbekalan ikan tilapia merah dari beberapa buah hyper market, restoran dan sekolah berasrama penuh.Dalam lawatan tersebut, suatu cadangan telah diutarakan kepada pihak Kelab agar dapat mencetuskan program untuk menghasilkan peniaga retail dari kalangan anak-anak muda Melayu bagi pasaran ikan air tawar. Cadangan ini bukan berkaitan pembekalan kepada pasar tani mahupun pasar malam tetapi mewujudkan kiosk retail penjualan ikan air tawar secara tetap di beberapa lokasi strategik di Negeri Sembilan. Pihak Kelab menyambut baik cadangan yang diutarakan dan akan mengkaji aspek-aspek perlaksanaan bagi program tersebut.
 
                           
          
                
  Yang Di Pertua Sdr Abd Halim bersama Pak Jamal (orang asli) yang ditugaskan menjaga kawasan penternakan
  
Dalam kesempatan ini Kelab Melayu ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sdr Khairul dan Sdr Ahya kerana telah berjaya dalam usaha projek ternakan ikan dalam sangkar dan berharap meraka dapat bersama-sama membantu Kelab bagi mengusahakan perlaksanaan program seperti yang dicadangkan. insya Allah! 
 
 

Sampai bila anak Melayu hendak dieksploitasikan?

Semalam di paparkan dalam berita Buletin Utama TV3 bahawa Sekolah Al Mansoor Lukut Port Dickson di serbu oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan setelah mnerima aduan dari orang ramai tentang operasi Sekolah tahfiz Al Mansoor ini telah mengeksploitasi pelajar-pelajarnya bagi mencari keuntungan.

Dalam kenyataan pihak pengelola sekolah tahfiz  tersebut  kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Islam bahawa pelajar-pelajar tersebut di hantar ke lapangan bagi latihan praktikal perniagaan yang menjadi kurikulum pembelajaran sekolah tersebut.

                                                                                             

                                   

 

Cuba kita lihat gambar di atas dan adakah boleh diterima oleh akal bahawa anak melayu ini menjalani latihan praktikal perniagaan sehingga lewat malam? Apakah relevennya latihan praktikal perniagaan menjadi kurikulum pembelajaran bagi sekolah tahfiz Al Quran?

Sekiranya kita luangkan masa untuk memerhati pergerakan anak-anak Melayu ini kita akan dapati :-

1. Mereka akan membawa item seperti kalendar, minyak gosok atau ubat atau kismis untuk di jual atau lampiran rayuan untuk derma pembinaan sekolah tahfiz..

2. Mereka ini selalunya dibawa dengan van dan diturunkan di beberapa lokasi untuk menjual item di atas atau merayu untuk sumbangan derma. Operasi bermula lazimnya jam 10 pagi dan mereka ini akan diambil atau "dikutip" semula oleh van yang sama lebih kurang jam 10 malam.

 3. Mereka akan menggerakkan operasi menjual item ini atau meohon sumbangan derma ini lazimnya di hadapan bank (jika di Seremban di hadapan CIMB Bank Berhad di Jalan Dato Bandar Tunggal atau di Bank islam,depan Wisma UMNO Perhubungan). Mereka juga dapat dilihat menggerakkan operasi mereka di kedai-kedai makanan dan benteng di Seremban.

 

 Sekiranya dapat serta berpeluang, berhenti sejenak dan tanyalah kepada anak-anak kecil ini dan jawapan seragam mereka adalah:-

1. mereka sedang menjalankan latihan amali perniagaan sebagai kurikulum yang ditetapkan oleh sekolah

2. Mereka adalah anak yatim atau anak dari keluarga susah atau berpendapatan kecil

3. Mereka hanya diberikan elaun sebanyak RM 8 sehari untuk makan dan minum mereka dari selama 12 jam (10.00 pagi dan 10 malam)

4. Wang yang mereka dapat sebagai hasil jualan semuanya akan diserahkan kepada guru mereka.

Pernahkah kita terfikir sekirannya anak-anak ini adalah pelajar sekolah tahfiz, bilakah masa mereka belajar sekiranya sehari suntuk meminta derma atau menjual kalendar, kismis atau minyak gosok? Cuba tanya kepada mereka adakah mereka ini juga turut belajar subjek yang diajar seperti di sekolah harian biasa. Jawapannya bakal menyentuh perasaan. Ramai anak-anak  yang mahu belajar  seperti anak-anak yang lain tetapi tidak pernah di beri peluang. Mereka dikerah untuk mencari duit! Ada juga yang mengadu sekiranya sasaran tidak di capai mereka akan dimarahi dan dicemuh dalam Perhimpunan pagi manakala yang mencapai atau melebihi sasaran akan diberi pujian dan keistimewaan.Jika mereka di minta untuk membaca hafazan ayat suci Al Quran mMereka tidak akan dapat memberi apa-apa hafazan ayat-ayat suci Al Quran kerana hakikatnya mereka tidak pernah dilatih sebagai hafiz mahupun hafizah oleh sekolah tersebut.

Jika diselidiki dengan lebih mendalam ramai anak-anak ini tidak pernah menduduki peperiksaan seperti UPSR atau SPM pun ! 

Jelas anak-anak Melayu ini telah diekploitasi dengan sepenuhnya oleh pihak yang mendakwa kononnya mengelolakan sebuah sekolah tahfiz. . Jika mereka tiodak belajar seperti anak-anak lain, tidak menduduki peperiksaaan apakah bakal terjadi kepada mereka di masa hadapan?

Dalam laporan Buletin Utama tersebut ,kemungkinan besar Pengelola sekolah tersebut akan didakwa dibawah Enakmen Jenayah Syariah (NS) 2003 kerana "Mengajar Agama tanpa Tauliah". Mengikut siasatan TV3 lagi  Majlis Daerah Port Dickson akan mengeluar kan saman kerana membuat pembinaan dan sambungan bangunan sekolah tanpa kebenaran.

Adakah itu sahaja yang boleh dilakukan ? Bagaimana dengan jenayah mengekploitasi anak-anak ini ? Bagaimana pula dengan jenayah memusnahkan masa depan anak-anak ini? Tenaga mereka di perah masa depan mereka juga turut  dimusnahkan!

Akta Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak tidak mempunyai peruntukan tentang ini kecuali kalau anak ini didera secara mental atau fizikal. Akta Pekerja pula ada menyebut tentang larangan mengambil individu bawah umur untuk bekerja  tetapi mereka akan menjawab mereka ini adalah pelajar dan bukan pekerja.

 Anak-anak Melayu ini sebenarnya merintih untuk nasib mereka dibela, tetapi kepada siapa mereka harus mengadu. Perasaan mereka berbaur dan tidak menentu adakah mereka perlu mengadu terhadap tangan yang memberi mereka makan, sedangkan tenaga kerdil  mereka yang kecil itu seharian diperah. Sampai bila anak-anak Melayu akan diekploitasi? Apa akan jadi dengan masa hadapan mereka? Adakah kita semua terfikir mengenai perkara ini atau adakah kita tidak endah?

 

 

 

 

 

 

Laporan dalam Akhbar Sinar Harian : 29-01-2011

 

PERINGATAN YURAN 2011 & PENGUMUMAN SEMASA

kEPADA AHLI-AHLI KELAB MELAYU 

 

YURAN TAHUNAN 2011 

Peringatan kepada ahli-ahli Kelab Melayu bahawa yuran tahunan bagi tahun 2011 sebanyak RM 30.00 telah mula dikutip sekarang. Pembayaran yuran yuran tahunan ini boleh dibuat di pejabat Kelab Melayu Negeri Sembilan yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang setiap hari bekerja (Isnin hingga Jumaat). Adalah diingatkan bahawa melalui Perlembagaan Kelab,.mana-mana ahli yang mempunyai tunggakan yuran tahunan sebanyak 3 tahun berturut-turut, keahliannya boleh terlucut dengan sendirinya.

Yuran yang dikutip juga akan digunakan untuk membayar premium tahunan Insuran Perlindungan Kelompok Ahli Kelab Melayu Negeri Sembilan. Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan boleh membuatkan perlindungan tersebut tamat dan tidak berkesan.

 

 PERMINTAAN BUTIRAN ANAK/CUCU

Kepada semua ahli-ahli Kelab adalah diminta untuk memberikan maklumat anak-anak atau cucu yang bekal menduduki peperiksaan UPSR, PMR , SPM dan STPM untuk rekod Kelab. Ini adalah untuk memudahkan  Kelab mengatur program-program pendidikan bagi anak-anak ahli Kelab Melayu

Sila hubungi pihak Sekretariat Kelab Melayu bagi urusan perkara-perkara diatas.

 

 PENYELARASAN AGENDA DALAM MAJLIS RASMI KELAB

Melalui Mesyuarat AJK Kelab Melayu Bil 03/2011 antara lain telah diputuskan bagi menyelaraskan agenda dalam majlis-majlis rasmi Kelab Melayu (termasuk Mesyuarat Tahunan Kelab) majlis tersebut akan dimulakan dengan peraturan berikut:-


1. Bacaan doa

2. Nyanyian lagu "Berkat Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan (versi baru)"

3. Nyanyian lagu " Warisan/ Anak Kecil Main Api" diikuti dengan agenda majlis/mesyuarat yang lain.


LIRIK LAGU WARISAN


Anak kecil main apii

Terbakar hati yang sepi

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita 

Cinta lenyap diarus zaman


Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Peribumi merintih sendiri


Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutuplah hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang


Kini kita hanya tinggal kuasa 

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa

Majulah dengan maha perkasa

Janganlah terlalai, teruskan usaha

MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTAR

 

harap maklum, 

KELAB MELAYU NEGERI SEMBILAN 

 

 

Al Fatihah

Ucapan takziah kepada Y Bhg Dato Hj Zakaria Nordin, mantan Yang DiPertua Kelab Melayu Negeri Sembilan ke 15 dan keluarga atas  kembalinya  bonda beliau ke rahmatullah. Semoga roh bondanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orah-orang beriman. Amin

Sambutan Maulidur Rasul Kelab Melayu Negeri Sembilan 1432 H

Pada 15-02-2011, buat julung kalinya Kelab Melayu Negeri Sembilan telah menghantar kontingennya dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan. Kontingen yang dianggotai oleh seramai lebih 100 orang tersebut kebanyakannya terdiri dari  ramai belia Melayu yang berarak di bawah sepanduk Kelab Melayu Negeri Sembilan.

                                  

                                  

                                                                                                                           SEPANDUK KELAB MELAYU NEGERI SEMBILAN

                                 

                                                                                                                      BERGAMBAR BERSAMA SEBELUM BERARAK

 

 

Sambutan Maulidur rasul pada tahun ini mengambil tema 1 Malaysia 1 Ummah  dan perarakan dimulakan sebaik sahaja Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar selesai bertitah.Perarakan kontingen digerakkan melalui jalan hadapan bangunan Majlis Perbandaran Seremban dan mengelilingi bandar Seremban dan berakhir di Masjid Negeri. Selepas perarakan selesai ahli-ahli kontingen berkumpul di bangunan Kelab Melayu Negeri Sembilan bagi majlis ringkas dengan berselawat Nabi beramai-ramai. Ahli-ahli kontingen kemudian diberi jamuan makan tengahari sebelum bersurai.

  

                                              

                                                                                    KELIHATAN YANG DIPERTUA KELAB BERSAMA AHLI BERARAK MENGELILINGI BANDAR SEREMBAN 

 

 

                                             

                                                            PESERTA-PESERTA SEDANG MENIKMATI JAMUAN MAKAN TENGAHARI DI DEWAN KELAB MELAYU NEGERI SEMBILAN

 

 

Pihak Kelab Melayu Negeri Sembilan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran serta sokongan yang menggalakkan dari peserta-peserta yang menyertai Sambutan Maulidur Rasul Kelab Melayu Negeri Sembilan 1532H dan berharap kepada sokongan yang sama di masa akan datang. Jika dimurahkan rezeki dan diizinkan oleh ALLAH , InsyaALLAH sambutan Maulidur Rasul akan dijadikan acara tahunan Kelab Melayu Negeri Sembilan.

 

 

 

Program Pendidikan Kelab Melayu Negeri Sembilan; Prebiu e - learning FOKUS A

 


1.      Pada 19-02-2011 , suatu program yang berteraskan pendidikan iaitu Prebiu Kaedah E-Learning Fokus A telah diadakan di Dewan Kelab Melayu Negeri Sembilan.

 

2.      Program Prebiu Kaedah E Learning Fokus A ini adalah anjuran bersama Kelab Melayu Negeri Sembilan (KMNS) bersama-sama dengan Creative Dreams International Sdn Bhd sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan produk E-Learning Fokus A.

 

3.      Fokus A adalah suatu program perisian yang  bersifat interaktif , komprehensif dan mesra pengguna  yang menawarkan pembelajaran secara elektronik kepada pelajar –pelajar dari darjah 1 hingga Tingkatan 5. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memberikan pengenalan program Fokus A ini kepada golongan ibubapa dan golongan pelajar dan remaja yang berupaya memanfaatkan mereka. Seramai 100 orang ibu bapa dan golongan pelajar serta remaja hadir ke program berkenaan.

 

4.      Creative Dreams International Sdn Bhd sebagai syarikat yang membangunkan perisian ini telah memilih Kelab Melayu Negeri Sembilan (KMNS) untuk bersama memperkenalkan kaedah pembelajaran elektronik (e learning) kepada ahli-ahli Kelab khususnya dan kepada masyarakat Melayu di Negeri Sembilan amnya.

 

5.      Dalam ucaptamanya, Sdr Abdul Halim Lokman selaku Yang Di Pertua KMNS menyatakan cara pembelajaran anak-anak harus berubah mengikut perubahan zaman. Kini ibubapa tidak boleh lagi bergantung hanya kepada buku teks dan  buku latihan  atau buku kerja dalam pembelajaran anak-anak seperti kaedah 20-30 tahun dahulu. Dengan kemunculan teknologi ICT, kaedah pembelajaran menggunakan teknologi ICT  seperti yang ditawarkan oleh FOKUS A dirasakan amat diperlukan, apatah lagi anak-anak zaman sekarang ini amat gemar menggunakan komputer dan rata-ratanya celik IT.

 

6.      Beliau juga turut menyentuh tentang hakikat transformasi ekonomi Negara dari ekonomi kovensional seperti “labour intensif “ ekonomi kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Dalam senario ekonomi berpendapatan tinggi kualiti tenaga kerja yang diperlukan mestilah berkelayakan berilmu dan berkemahiran tinggi. Dalam zaman tersebut , semua orang perlu bersaing untuk berjaya. Persoalannya adakah anak-anak kita akan bersedia dan akan berjaya bersaing? Justeru itui ibu bapa harus membantu  anak-anak  dalam pembelajaran agar layak serta berilmu lantas mampu untuk bersaing di masa hadapan. Salah satu cara bantuan nya adalah menerusi  kaedah FOKUS A yang diperkenalkan.

 

7.      Beliau  di akhir ucapannya menyatakan Kelab Melayu Negeri Sembilan juga dalam proses merancang untuk menyediakan tempat bagi menempatkan serta menyediakan fasiliti seperti komputer lengkap beserta dengan  sambungan internet i untuk memudahkan anak-anak ahli khususnya serta masyarakat Melayu amnya untuk menggunakan fasiliti tersebut bagi menggunakan kaedah pembelajaran FOKUS A di KMNS. Walaupun ada sedikit kos yang perlu dibelanjakan namun harapan beliau perbelanjaan tersebut dipandang sebagai pelaburan untuk anak-anak Melayu dan untuk generasi akan datang.  itulah komitmen KMNS bagi  semua bagi anak-anak ahli dan anak-anak Melayu amnya untuk menikmati masa hadapan yang lebih baik dan yang lebih cerah.

 

                                   

                           

 

 

 

Laporan dalam Akhbar Sinar  Harian  04-03-2011

                                   

 

BAZAAR RAMADHAN SELIAAN KELAB MELAYU NSDK

Salam semua, dalam bulan Ramadhan ini Kelab Melayu Negeri Sembilan dijemput untuk bersama menyeliakan tapak bazaar ramadhan bertempat di Megaway, Sikamat.(berhadapan Institut Perguruan Raja Melewar, (IPRM) Peluang ini disambut baik oleh Kelab kerana Kelab  melihat bahawa inilah peluang Kelab Melayu dapat membantu peniaga-peniaga Melayu untuk menjana pendapatan . Setakat 5 ramadhan , dilaporkan purata hasil jualan yang diraih peniaga adalah antara RM 200 ke RM 300 sehari. Alhamdulilah! Setakat ini ada 24 orang peniaga yang berniaga di tapak Bazaar Ramadhan ini. Sehari secara agregat antara RM 4800-RM 7200 dapat dijanakan dan disalurkan kepada peniaga-peniaga ini. InsyaAllah sekiranya ini berterusan pada 30 Ramadhan kelak antara RM 144,000 ke RM 216,000 boleh dijanakan dan disalurkan kepada orang -orang Melayu! Bukan untuk membandingkan dengan tempat-tempat lain tetapi bersyukur yang Kelab berpeluang untuk membantu orang-orang Melayu. Itupun sudah menjadi kepuasan kepada pihak pengurusan Kelab! Sesungguhnya Ramadhan memberikan banyak keberkatan kepada orang Islam.

 Pemandangan Bazaar Ramadhan di Megaway Sikamat

 

 

 Peniaga sedang menyediakan juadah untuk pilihan pengunjung

 

Roti John juga turut menjadi juadah untuk pilihan pengunjung.

Pihak Kelab berharap peluang sebegini dapat digunakan sebaiknya oleh orang-orang Melayu  tidak kira dimana jua anda berniaga! Amin

 

 

 

 

Tiada lagi kudengar kidung mu

  

 

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, mungkin antara pengalaman yang kita nikmati adalah keindahan semasa menunggu waktu solat Subuh selepas sahur. Sayup-sayup terdengar Qari membaca ayat-ayat suci Al Quran yang akan meruntun-runtunkan hati kita  seraya menyedarkan kita sebagai insan ciptaan Allah yang Maha Esa. Kesedaran secara instrinsik inilah yang akan membuatkan kita terus berazam untuk menjadi insan yang lebih baik dan lebih bertaqwa kepada yang Maha Esa.

Mungkin pengalaman dan penghayatan insan kepada Penciptanya ini akan lenyap untuk sahabat-sahabat kita, Umat Melayu dan Umat Islam  di Pulau Pinang. Kenikmatan menikmati pengalaman ini lenyap apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)  mengeluarkan fatwa kepada seluruh Masjid dan surau di Pulau Pinang melarang bacaan Al Quran diperdengarkan sebelum waktu solat subuh.

Apabila ini berlaku, reaksi yang bercampur timbul terutamanya dari umat Islam dari seluruh Negara. Apakah bukan agama Persekutuan di Negara ini agama Islam? Mengapa larangan ini dikeluarkan sekarang dan tidak dari dahulu jika amalan ini tidak berlandaskan Syariah? Mengapa alasan mengganggu orang bukan Islam untuk tidur dijadikan asas untuk memutuskan fatwa ini?

Di Singapura , semua masjid dan surau dilarang untuk menggunakan pembesar suara dan corong pembesar suara hendaklah diarahkan ke arah dalam agar tidak mengganggu orang bukan Islam apabila azan di laungkan.

Teringat juga lembaran sejarah Turki moden apabila Mustafa Kamal Ataturk mengeluarkan dekri mengharamkan azan di seluruh Turki kerana laungan azan telah mengganggu tidurnya.

Oleh itu sekiranya azan dikatakan mengganggu tidur orang bukan Islam atau mengganggu tidur Ketua Menterinya Lim Guan Eng, adakah laungan azan akan turut di larang oleh JHEAIPP?

Sesungguhnya Kelab Melayu Negeri Sembilan merasakan suatu pencabulan terhadap agama islam dilakukan dan yang menjadi “kambing” adalah orang Islam sendiri yang mengeluarkan fatwa melarang Al Quran dibacakan atas dakwaan mengganggu orang bukan Islam .

YAB Dato’ Nik Aziz yang dipandang tinggi kerana imej warak yang dipaparkan juga mengeluarkan kata-kata yang mengecewakan serta menghiris hati umat Islam. Beliau menyokong larangan tersebut kerana katanya orang Islam boleh mengganggu hak orang bukan Islam. Yang peliknya, kenapa beliau tidak melarang perkara yang sama di negeri yang diberi jolokan” Serambi Mekah’ yang dipimpinnya?

Ini bukan kali pertama, beliau mengecewakan umat islam. Sebelum ini beliau menyokong larangan untuk perarakan Maulidur Rasul dan selawat Nabi beramai-ramai atas alasan tiada fadilat yang didapati dari amalan tersebut.

Adakah YAB Dato’ Nik Aziz ini diberikan peranan untuk menghalalkan apa sahaja tidak tanduk Kerajaan DAP Pulau Pinang?

Fikirkanlah wahai sahabat umat Melayu, mahukah kita lihat perkara yang sama berlaku di Negeri Sembilan? Mahukah anak-anak kita hilang pengalaman kesedaran instrinsik inilah yang akan membuatkan anak-anak kita terus berazam untuk menjadi insan yang lebih baik dan lebih bertaqwa kepada yang Maha Esa ?

 

 KELAB MELAYU NSDK

KURSUS KEMAHIRAN 1 MALAYSIA - ANJURAN GIATMARA-KELAB MELAYU NEGERI SEMBILAN

Dalam bulan Ramadhan tahun  2011 bermulalah lembaran serta langkah baru Kelab Melayu Negeri Sembilan dalam menggerakkan usaha untuk memberikan latihan serta kursus kemahiran bagi anak-anak Melayu khususnya di Negeri Sembilan. Ini adalah sejajar dengan keperluan negara agar melahirkan ramai rakyat yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam mengharungi cabaran Malaysia Maju tahun 2020. Dalam situasi dan persekitaran sebuah negara maju dilihat hanya rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran sahaja yang dapat mengharungi cabaran persekitaran sosio ekonomi  negara maju. Apatah lagi apabila dinyatakan bahawa antara ciri sebuah negara maju adalah mempunyai persekitaran ekonomi berpendapatan tinggi. Persoalannya adakah orang-orang Melayu bersedia? Jika jawapannya tidak, apakah perkara yang boleh dilakukan bagi membolehkan orang Melayu bersedia?

Mungkin setiap ada dari kita ada cadangan tersendiri apabila diajukan soalan tersebut  dan mungkin ada 1001 cara yang boleh difikirkan. Kelab Melayu Negeri Sembilan merasakan perlu dilaksanakan segera langkah yang difikirkan sesuai ,satu langkah pada satu masa, untuk menangani persoalan tersebut.

Dengan kerjasama dari GIAT MARA NSDK dan dari Rangkaian Guru-Guru Melayu NSDK(REGU)  Kelab Melayu Negeri Sembilan memulakan langkah dengan menganjurkan Kursus 1 Malaysia bagi melatih anak-anak Melayu dengan kemahiran praktikal yang boleh menjanakan pendapatan. Kursus permulaan yang dijalankan adalah kursus kemahiran elektrikal dan dijalankan selama 16 jam iaitu pada 20-8-2011 dan tamat pada 21-8-2011. Selepas ini akan banyak lagi kursus-kursus kemahiran yang akan dianjurkan oleh Kelab Melayu NSDK. Individu yang berumur 16 tahun ke atas adalah layak untuk mengikuti kursus ini.

Ciri menarik kursus ini adalah ia hanya memerlukan jangka yang pendek sahaja. Bayarannya adalah amat murah iaitu sebanyak RM1.00 sejam untuk masa kursus maksimum 16 jam (maka yurannya adalah cuma RM16.00 sahaja). Lepasan dari kursus ini akan diberi Sijil Kemahiran oleh GIATMARA yang diiktiraf oleh Kerajaan. Pemegang Sijil ini juga akan diiktiraf sebagai Usahawan GIATMARA yang akan diberi keutamaan dalam permohonan pinjaman perniagaan dari MARA.

Ini adalah suatu peluang menarik yang disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat dan kita sebagai rakyat harus mengambil peluang ini sepenuhnya. Orang Melayu seharusnya mengambil peluang ini bagi memajukan diri kita sendiri. Oleh itu Kelab Melayu NSDK menjemput individu Melayu untuk sama-sama merebut peluang ini

 Cikgu Adzhar dari GIATMARA menerangkan isi modul latihan elektrikal kepada peserta

 

Peserta mengambil nota kursus

 

Peserta memulakan latihan amali kursus 

 

Kelab Melayu Negeri Sembilan  ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada En Adzhar dari GIATMARA dan sahabat-sahabat dari REGU kerana dapat menggerakkan usaha ini. Jasa besar yang terlibat hanya boleh  dibalas oleh Allah SWT. Amin