KELAB MELAYU NSDK

Lot 2789, Tkt 4, Bangunan Kelab Melayu NS,Jalan Tuanku Munawir,
70000 Seremban,N.SembilanTel: 606 763 0849 Fax: 606 763 0164,
e mail: kelabmelayunsdk@gmail.com.

Sejarah & Latar

Sejarah Busana Tradisi Lelaki Melayu

Posted by kelab melayu negeri sembilan on December 10, 2010 at 6:59 AM


Adakah pakaian boleh melambangkan jati diri seseorang? Kalau kita menyebut orang lelaki Melayu kita sering mengaitkan orang lelaki Melayu memakai baju Melayu lengkap bersamping. Tahukah bila pakaian baju melayu menjadi pakaian tradisi lelaki Melayu?


Baju Melayu

 


Baju melayu dipercayai telah mula dipakai oleh orang Melayu sejak zaman Sultan Muhammad Syah memerintah Melaka (TM 1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang, di hikayatkan baginda pernah melarang rakyat memakai jubah (masa tersebut digelar’pakaian atas angin”, umpama pedagang Arab atau jubah China) Sebaliknya apabila baginda menunaikan fardu solat Hari Raya, baginda akan menyarung baju Melayu dahulu (dipakai cara sarung, lengkap dengan destar) Cuma apabila tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin).Dalam teks Hikayat Hang Tuah pula diperikan memakai cara Melayu adalah termasuk segala peralatan pakaian kebesaran diraja ditambah dengan tingkah laku sopan yang selaras dengan pegangan Islam. Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa baju melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah baju melayu seperti sekarang.


i. Baju Melayu Cekak Musang


Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Menurut seorang bekas budayaawan dari UKM, dari segi entnografi sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan diantara pasangan suami isteri iaitu ayah dan ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka iaitu sulung, tengah dan bungsu. Namun budayawan Negara Pn Azah Aziz (Mak Engku) mempunyai pandangan yang berbeza. Beliau menyatakan ada falsafah di sebalik jumlah butir kancing di atas baju Melayu cekak Musang. Menurut beliau “ tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana.Dalam hal ini kita juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk keris = berlok 3 - 11. Lok 11 ialah milik Sultan = pemerintah termasuk Ratu, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira berurutan 3-9 mata. Bumbung perabung Masjid Kampung Laut 3-5 tingkat. Dalam Islam semua nombor hanya di kira dari 1- 9. Dalam kiraan ilmu keislamanan kita boleh merujuk langsung kepada 5 iaitu rukun Islam, atau 6 Rukun Iman. Jadi setujukah anda dengan jumlah butir baju Melayu Cekak Musang mengira jumlah 5 sesuai dengan pegangan kita, Rukun Islam.”Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima, 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan ma’rifat dan bagi 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.

 

                                                                           

                                                                                       Butang/kancing Cekak Musang

 

ii. Baju Melayu Teluk Belanga


Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.




 


Sampin


Sampin juga dipanggil sebagai ‘samping’yang berasal dari perkataan sampingan. Beza sampin dan kain sarung adalah sampin lebih pendek daripada kain sarung. Sampin biasanya dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Sampin akan diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar atau di sebelah dalam baju. Bahagian kaki sampin dilepas hingga ke lutut atau betis. Pada asalnya, sampin lelaki adalah panjang hingga ke buku lali dengan bahagian hadapannya disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalamnya. Mengikut peredaran masa, sampin diikat dan dilipat sehingga ke paras lutut. Ia lebih digemari kerana ringkas dan selesa apabila dipakai.

Sesetengah pihak ada menyatakan bahawa setingginya falsafah tentang budaya Melayu ini setinggi itu juga falsafah tentang isi-isi di dalam nya termasuk juga sampin. Pemakaian sampin ini juga ber beza mengikut daerah walaupun kepentingannya sama, seperti di johor sampin di pakai di dalam adalah di panggil sampin dagang. Antara ikatan sampin yang biasa digunakan adalah ikatan kembung dan ikatan pancung.

Sampin juga tidak lari dari falsafah prinsip agama Islam itu sendiri. Sampin juga memberi erti bahawa aurat bagi lelaki sehingga ke paras lutut. Selain itu tanpa kita sedari prinsip-prinsip atau mesej-mesej yang di sampaikan oleh datuk nenek moyang kita menerusi baju melayu tentang Islam juga begitu halus dan unik. Sebagai contoh sampin harus di pakai dengan meletakkan lipatan kiri di sebelah bawah dan lipatan kanan di sebelah atas. Prinsip lipatan ini berasal dari perbuatan qiam dalam solat(tangan kiri di bawah tangan kanan). Ada juga pendapat yang menyatakan antara falsafah sampin yang lain adalah dengan memakai samping ini dapat mendidik kita supaya menjaga kehormatan diri.


Songkok dan Dastar


i. Songkok


Mengikut sejarah, penggunaan songkok menjadi kebiasaan rakyat jelata di Kepulauan Melayu sekitar abad ke-13. Dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular dikalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci. Di Negara lain seperi India,Pakistan dan Bangladesh, songkok turut dikenali dengan nama Rum (Topi).

Dari analisa dan sedikit penyelidikan, songkok (salah satu pakaian bangsa melayu) tidak dapat lari daripada di sinonimkan dengan Islam. Buktinya adalah sunat kaum Muslimin untuk menutup kepala baik ketika solat atau sebaliknya. Walaupun sebelum kedatangan songkok ke tanah jawi ini, umat Melayu lebih gemar berdastar atau tanjak, ini secara tidak langsung menunjukkan bangsa Melayu itu tetap mengikuti perkembangan semasa tanpa meninggalkan syariat, adat, adab dan budaya.


                                                                                   


ii. Dastar


Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.

Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu. Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang.Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan. Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.Sejarah pemakaian tanjak di Perak pula dikatakan berasal dari sejarah lagenda kedatangan Sultan Muzaffar untuk ditabalkan di negeri Perak.Mahkota raja yang dipakainya dibuang ke laut kerana perjanjian dengan penjaga laut untuk terus mudik ke negeri Perak. Pakaian kepala kemudiannya direka untuk mengantikan mahkota raja dan dipanggil tengkolok raja.


                                                      

                                                                                  

 

 


Categories: Sejarah Melayu

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

7 Comments

Reply azrie
2:39 AM on January 16, 2011 
alhamdulilah.... input yg saudara sampaikan ini.. amat baik sekali.. menyebabkan org lain boleh berkongsi ilmu dgn saudara/i.. saya berharap.. input yg akan disampaikan kelak lebih banyak berbanding yang ini..
Reply kelab melayu nsdk
2:16 PM on January 29, 2011 
Terima kasih atas komen saudara. sekiranya saudara juga ada input mengenai "Melayu" harap dapat dimaklumkan. Email kepada kelabmelayunsdk@gmail.com. terima kasih
Reply Johan Chia
5:18 AM on May 5, 2012 
walaupun saya berbangsa cina, tetapi saya amat gemar pakai baju melayu terutama baju melayu cekak musang...saya mempunyai lebih dari 3set baju melayu, bukan semua kawan boleh terima apabila nampak saya pakai baju melayu dirumah...tak faham kenapa...
Reply mohd khlolil bin wahiddudin
12:51 PM on April 18, 2013 
askum.... sy anak arwah wahiddudin bin haji saad... sy nak belajar gayong pesaka ni..... dr seguru dgn arwah ni
Reply aida
5:02 AM on June 14, 2013 
menarik :)
Reply aida nasreen
5:08 AM on June 14, 2013 
saya agak keliru kerana apabila saya lihat laman web lain sejarahnye agak berbeza..... namu saya percaya pada laman web ini ... :)
Reply tonah
5:10 AM on June 14, 2013 
alhamdulilah.... input yg saudara sampaikan ini.. amat baik sekali.. menyebabkan org lain boleh berkongsi ilmu dgn saudara/i.. saya berharap.. input yg akan disampaikan kelak lebih banyak berbanding yang ini..
Reply kelab melayu nsdk
02:16 PM on January 29, 2011
Terima kasih atas komen saudara. sekiranya saudara juga ada input mengenai "Melayu" harap dapat dimaklumkan. Email kepada kelabmelayunsdk@gmail.com. terima kasih
Reply Johan Chia
05:18 AM on May 05, 2012
walaupun saya berbangsa cina, tetapi saya amat gemar pakai baju melayu terutama baju melayu cekak musang...saya mempunyai lebih dari 3set baju melayu, bukan semua kawan boleh terima apabila nampak saya pakai baju melayu dirumah...tak faham kenapa...
Reply mohd khlolil bin wahiddudin
12:51 PM on April 18, 2013
askum.... sy anak arwah wahiddudin bin haji saad... sy nak belajar gayong pesaka ni..... dr seguru dgn arwah ni
Reply aida
05:02 AM on June 14, 2013
menarik :)
Reply aida nasreen
05:08 AM on June 14, 2013
saya agak keliru kerana apabila saya lihat laman web lain sejarahnye agak berbeza..... namu saya percaya pada laman web ini ... :)
Reply saja
10:06 AM on November 8, 2014 
Anda mencari sewa mobil di bali ????
Anda dapat menikmati kenyamanan berkendara pribadi dan tentunya sewa mobil murah di bali pilihan yang tepat.
sewa mobil bali untuk berbagai keperluan.